Saturday, June 13, 2009

Sebar nikmat iman, Islam dalam agenda dakwah



Ganjaran besar diberikan kepada Muslim yang menyeru kebaikan, cegah kemungkaran

FUTUR ataupun terhenti menjalankan aktiviti dakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah sering kali kita dengar serta lihat dengan mata dan telinga kita sendiri. Begitulah keadaan pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi.
Melayu Boleh
Memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan diakui kadang-kala turun dan meningkat. Begitu juga dengan iman, seperti dikatakan Imam Bukhari dalam riwayat: "Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang."


Imam Ahmad pernah ditanya makna bertambah dan berkurangnya iman. Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada 'Umair bin Hubaib. Katanya: "Iman bertambah dan berkurang."


Maka dia ditanya: "Bagaimana bertambah dan berkurangnya? Dia menjawab: Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, mensia-siakan-Nya maka itulah berkurangnya."Melayu Boleh

Memang benar iman boleh bertambah dan berkurang, tetapi untuk berhenti terus daripada melakukan dakwah adalah perkara mendukacitakan. Sesungguhnya manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar.

Firman Allah bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang yang beruntung." (Surah al-Imran, ayat 104) Melayu Boleh

Kita akui bahawa aktiviti dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan cabaran akan mendatang bagi memadamkan aktiviti dakwah daripada terus bersinar. Perkara ini pernah diutarakan Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam artikel beliau bertajuk kewajipan generasi muda Islam hari ini.

Al-Qardhawi berkata: "Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan itu sehingga dalam rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: Mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?" Melayu Boleh

Namun, adakah kekangan ini yang menjadikan kita berduka cita? Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?

Malah, Allah menggelar penyeru kebaikan dan pencegah kemungkaran ini sebagai sebaik-baik manusia. Firman Allah bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Jika Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang fasik."

Seharusnya kita berulang-ulang memperingatkan diri bahawa jangan sesekali mengkhianati tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Pada masa sama, jangan sekali lagi membiarkan diri untuk tidak dipercayai oleh malaikat, seperti yang mereka pernah suarakan kepada Allah pada permulaan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Firman Allah bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Teruskanlah berpesan kepada kebaikan dan penuh dengan kesabaran. Jangan menjadi Muslim yang pentingkan diri, berasa nikmat iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri.

Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat iaitu iman dan Islam kepada seluruh manusia. Rugilah sesiapa yang menikmati iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat itu dengan menjalankan aktiviti dakwah.

Seperti firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran." (Surah al-Ashr, ayat 2-3)

Bagi pendakwah yang masih berdegil untuk berhenti daripada jalan dakwah, biarlah firman Allah ini mengejutkan mereka kembali. Allah berfirman bermaksud: "Telah dilaknati orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah melaknat Bani Israil yang tidak melarang perbuatan mungkar berlaku di sekeliling mereka. Mengapa ia terjadi? Kerana di kalangan mereka tidak ada lagi menjalankan aktiviti dakwah, sudah berhenti dalam gerakan dakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Melayu Boleh

Oleh itu, marilah kita kukuhkan jentera kekuatan dan kuatkan semangat. Agenda dakwah tidak harus terhenti, kerana agenda itu adalah tugas yang cukup mulia. Nabi dan Rasul sudah melaksanakan kewajipan dakwah mereka, kini tugas itu harus digalas dan diteruskan oleh kita semua.

Jangan biarkan lelah-lelah, kekangan-kekangan itu membuatkan kita terus jauh daripada jalan dakwah kerana pertolongan Allah dekat dengan kita. Kesusahan itu hanyalah secebis dugaan, dan beruntunglah mereka yang mendapat dugaan Allah.

Firman Allah bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti mana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."Melayu Boleh

Thursday, June 11, 2009

Jakim Guidelines Satu Malaysia

Jakim to issue guidelines on Satu Malaysia
The Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) will issue a set of guidelines on 1Malaysia to avoid wrong interpretation or misperception of the concept among the people.
Minister in the Prime Minister’s Department, Maj Gen (Rtd) Datuk Jamil Khir Baharom, said the guidelines would also be useful to national leaders for when they address the people on the subject.
He said at the moment the people had yet to fully understand Satu Malaysia as the concept and its objectives “had been twisted” by certain quarters with vested interests, although he did not elaborate.
“Before the polemic on the concept gets worse, we need to have guidelines to better explain the concept in the interest of the nation, race and religion,” he said after opening a roundtable conference on the Satu Malaysia concept at the multipurpose hall of the Federal Territory Mosque here Tuesday.
Jamil Khir said the guidelines would be drawn up based on the resolutions made at the end of the roundtable conference.
He said the guidelines would be contained in a booklet to be distributed nationwide so that the people would understand and appreciate the aspirations of the new national leadership.
“The media can also play a role by creating public awareness on the resolutions and guidelines.
“We want the concept, philosophy and direction of 1Malaysia, introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to be understood and applied by all levels of society,” he added.
The one-day conference was also attended by Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Jakim director-general Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz and religious adviser to the prime minister Datuk Dr Abdullah Md Zin Melayu Boleh

Saturday, May 23, 2009

Melayu Boleh Bertakwa

Melayu Boleh Bertakwa

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRY

1: Alif laam miim

Mukadimah surah al–Baqarah dengan Alif laam miim yang dikenali huruf hija’ yang mana termasuk dalam ayat-ayat mutashabih (kesamaran) hanya Allah sahaja yang mengetahui kehendak maksudnya. Justeru kepada kita wajib beriman dan kembalikan maknanya kepada Allah.

Faedah dinyatakan di sini seperti pendapat Imam Al-Baghawi dalam tafsirnya, supaya dituntut beriman dengannya.

bu Bakar as-Siddiq berkata: “Pada setiap kita itu ada rahsia dan rahsia Allah pada al- Quran ialah awalan-awalan surah.”

Daud bin Abi Hind pernah bertanya Sya’bi daripada pembukaan surah, jawabnya: “Hai Daud ,sesungguhnya setiap kitab mempunyai rahsia dan rahsia al- Quran itu pembukaan surah, tinggallah dan bertanyalah daripada yang lain.”

Imam al-Qurtubi menghikayatkan dalam tafsirnya daripada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibnu Mas’ud, juga dinyatakan oleh al Sya’bi dan Al Thauri. Inilah yang dipilih oleh Ibnu Hibban.

Mukadimah dengan huruf- huruf hija’ ini bagi menarik golongan penentang al-Quran dengan pandangan lafaz-lafaz yang asing dalam ucapan mereka. Justeru, menarik perhatian mereka daripada keterangan.

Abu Rauq, Atiah bin al-Haris al-Hamadani berkata: “Adakah Rasulullah s.a.w membaca al-Quran dengan nyaring dan jelas dalam solat. Orang–orang musyrikin menepuk dan bersiul mengejek lantas diturunkan huruf-huruf yang terputus ini ( hija’). Mereka mendengar dengan kehairanan.

Inilah yang dinaqalkan oleh Ibnu al- Jauzi dalam kitabnya Zad al-Masir.

Huruf-huruf ini juga sebagai peringatan tentang mukjizat al-Quran yang bukan kalam makhluk, mereka lemah daripada mengkritiknya. Inilah pendapat jemaah ahli tahqiq seperti kenyataan Ibnu Kathir.

Pendapat ini juga diiqrarkan oleh Al- Zamakhsari dalam Al Kasyaf dan Imam Ibnu Taimiah.

Termasuk pendapat tanpa ta’wil ini ialah Syeikh Muhammad Abduh seperti yang dinaqalkan oleh Syeikh Muhammad Rasyid Ridha dalam tafsirnya Al- Manar. Katanya dengan tegas: “Cukup bagi kita dengan apa yang dinyatakan para sahabat dan tabiin, bukan daripada agama dalam perkara yang memayahkan dengan melampau lalu menciptakan daripada illah/sebab yang mengakibatkan sedikit sahaja yang selamat daripada tergelincir.”

Syeikh Ahmad Syakir dalam mukhtasar Ibnu Kathir yang dinamakan Umdah al-Tafsir, berkata: “Keseluruhan huruf- huruf yang disebut pada awal- awal surah dengan dibuang secara berulang-ulang sebanyak 14 huruf, iaitu alif, lam, mim, sad, rai, kaf, ya, ain, ta, sin , kaf, qaf dan nun. Mungkin kalau dikumpul pada cakapanmu berbunyi, nas hakim qati’ lahu sir - bermaksud nas Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi tetap mempunyai sir atau rahsia.”

Tidak dinafikan terdapat ulama cuba menta’wilkan dengan menaqalkan pendapat-pendapat seperti Ibnu Abbas, Al–Rabi’ bin Anas, Muhammad bin Kaab, Said bin Jubair, Qatadah, Mujahid, Ibnu Zaid, Al-Akhfus dan lain- lain lagi.

Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang pertama kerana inilah rahsia kitab Allah yang ditinggalkan ta’wilnya, hatta Rasulullah s.a.w sendiri termasuk kebanyakan para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan lain–lain.

Syeikh Rashid Ridha menghuraikan beberapa noktah daripada ayat pertama.

1. Huruf ini dibaca secara satu-satu (putus) kerana ia tidak termasuk dalam susunan kalam yang dii’rab dengan harakat.

2. Dengan tidak dii’rabkan, dapat ditarjihkan bahawa hikmah pembukaan sebahagian surah yang khusus untuk peringatan dan mukjizat al-Quran.

3. Sebagai cabaran kepada pakar-pakar bahasa Arab dan sasterawan menunjukkan hikmahnya dengan mukjizat al-Quran.

4. Selemah-lemah yang dikatakan pada huruf-huruf hija’ ini sebagai masa umat ini.

5. Ada sebahagian ulama sejarah, dan bahawa melihat burung-burung sebagai tanda-tanda kepada sebahagian hakikat agama dan sejarah yang akan berlaku kepada makhluk.

Akhirnya, tawaqquf daripada tafsiran huruf ini lebih selamat daripada menyebut ta’wilan yang tidak qati’e.

Ada pendapat yang menafsirkan Kitab dengan Taurat dan Injil seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Jarir dan lainnya.

2: Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.

Kitab itu, yakni Al- Quran. Kitab pada bahasa Arab kumpulan seperti kumpulan tentera, kumpulan lembaran-lembaran kertas dinamakan kitab. Maksud di sini adalah al-Quran. Ada pendapat yang menyatakan Kitab dengan Taurat dan Injil seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Jarir dan lainnya.

Disebut ‘itu,’ dimaksud isim isyarat yang jauh ‘itu’ dengan ‘ ini ’ seperti pendapat Mujahid, Ikrimah, Said bin Jubair.

Ibnu al-Jauzi berkata, terdapat dua pendapat pada tafsiran ‘ itu’:

1. Dengan makna ini, iaitu pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Ikrimah, Al-Kisai, Abi Ubaidah dan Al- Akhfas. Inilah yang dinyatakan oleh Ibnu Al-Anbari dalam syair Khafaf bin Nudbah.

2. Ia dengan maksud isyarat kepada yang ghaib. Daripada tafsiran ini terbahagi kepada tiga pendapat:

- Apa yang terdahulu daripada turunnya al-Quran.

- Apa yang dijanjikan dengan apa yang diwahyukan kepadanya.

- Apa yang dikehendaki dengan janji Ahli Kitab kerana mereka dustakan nabi dan kitab.

(Raiba)

Dengan makna syak dan tidak terang. ‘Tidak syak’ di sini bermaksud jangan kamu syak seperti yang ditafsirkan oleh Al- Baghawi.

Menjadi hidayah kepada orang bertakwa. Yang dimaksudkan hidayah ini apa yang tetap pada hati daripada iman. Ini semua tidak mampu bagi makhluk untuk memasukkan ke dalam hati hamba kecuali Allah seperti ayat 56 daripada surah al- Qasas. Inilah pendapat Ibnu Kathir.

Juga terdapat beberapa makna seperti penerangan kebenaran dan penjelasannya seperti ayat 52 daripada surah Al – Syura.

Ada yang berpendapat kebaikan seperti ayat 10 daripada surah al–Balad.

Syeikh al- Syanqiti dalam Adhwa al-Bayan berkata: “Dikehendaki dengan hidayah pada ayat ini ialah hidayah khas, iaitu melebihkan dengan taufiq kepada agama yang sebenar bukan hidayah umum.”

Pada bahasa ‘takwa’ dengan makna ‘selamat’ daripada kejahatan yang dijadikan dinding.

Terdapat banyak definisi takwa itu . Antaranya:

1. Ibnu Abbas menyatakan: “Mereka yang menjauhi syirik dengan beramal dengan ketaatan kepada Allah.”

2. Al Hasan Basri berkata: “Takutlah apa yang diharamkan ke atas mereka dan lakukan segala fardu.”

3. Syahir bin Hausyab berkata: “Orang bertakwa ialah meninggalkan apa yang tidak apa, takut terlibat dengan yang tidak boleh.”

4. Umar bin Abdul Aziz berkata: “Taqwa ialah meninggalkan apa yang diharamkan dan menunaikan apa yang difardukan.”

5. Abu Bakar al- Rauzabari mendefinisikan taqwa dengan menjauhkan daripada segala yang menjauhkanmu daripada Allah.

6: Zu al-Nun al-Misri mentakrifkan takwa sebagai sesiapa yang tidak dikotori zahirnya dengan segala pertentangan dan tidak batinnya dengan alamatnya di samping sentiasa berdiri di sisi syariat Allah.

7. Ibnu Ata’ berkata: “Bagi takwa, ada zahir dan batin, zahirnya dengan menjaga hudud/batasan syariat sedangkan batin dengan niat dan ikhlas.”

8. Talq bin Habib menyatakan taqwa sebagai amalan menjuruskan ketaatan Allah atas petunjuk nur Allah.

9. Abu Hafsin menyebut: ”Takwa hanya pada halal semata-mata, tidak yang lain.

10: Saidina Ali r.a berkata: “Penghulu manusia di dunia ialah dermawan dan penghulu manusia di akhirat ialah ahli takwa.”

11. Imam al- Qusyairi melalui kitabnya Risalah al- Qusyairiah membahagikan takwa kepada beberapa darjat:

- Bagi orang awam daripada syirik.

- Bagi orang khusus daripada maksiat.

- Bagi wali-wali Allah daripada tawassul dengan perbuatan.

- Bagi anbia daripada nisbah kepada perbuatan.

Pertanyaan Umar bin al-Khattab kepada Kaab al-Ahbar tentang takwa, maka kata Kaab: “Adakah pernah lalui jalan yang penuh dengan ranjau dan duri.” Umar berkata: “Ya.” Kaab bertanya: “Bagaimana perjalanan yang diambil?” Jawab Umar, “Dengan penuh hati-hati dan waspada.” Kaab berkata, “Itulah takwa.”

Akhirnya, penulis menutup perbincangan tentang takwa dengan menaqalkan kelebihannya seperti pendapat Imam Al- Ghazali di dalam kitabnya Minhaj al- Abidin,

di antara firman Allah itu adalah seperti berikut (yang bermaksud):

1. Pujian bagi orang-orang yang bertakwa

….Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (Ali Imran: 186)

2. Perlindungan daripada musuh

Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu…” (Ali Imran: 120)

3: Dukungan dan pertolongan Allah

”Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (An- Nahl: 128)

4. Keselamatan dan rezeki yang halal

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” ( At-Thalaq: 2-3)

5. Kebaikan beramal

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.” (Al-Ahzab : 70-71)

6. Ampunan Allah

”…dan mengampuni dosa- dosamu…” (Ali Imran: 31)

Melayu Boleh Bertakwa